Monday 24 October 2011

Guna Medium Ini Sebaiknya

Tertarik dengan berita mengenai seorang pelajar di dakwa kerana komen berhubung isu kalimah Allah di laman social Facebook tertarik untuk memberi sedikit pandangan Facebook dari sudut pelajar yang menggunakannya. Jika diimbas kembali, pada awalnya media hanya berkembang dengan adanya media cetak, media elektronik dan kini munculnya media baru. Kemunculan media baru dengan pelbagai aplikasi digunakan di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Pelbagai laman social wujud dalam talian seperti Friendster, Facebook, Tagged dan Myspace. Pengguna laman social ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kebanyakan penggunanya adalah remaja terutamanya pelajar kerana pada mulanya akaun Facebook ini dibuka untuk memudahkan kerja pelajar itu sendiri dan jika disalahguna keadaan sebaliknya akan berlaku. Seperti yang diketahui Facebook mempunyai kesan positif dan negative. Berbalik kepada isu Kalimah Allah ia memberikan kesan negative kepada pengguna laman social tersebut. Facebook sebenarnya boleh dijadikan medium dalam merapatkan lagi hubungan interaksi sesama kaum. Hal ini dapat dilihat dalam akaun laman social seseorang yang mempunyai rakan pelbagai kaum sama ada Cina, India mahupun Melayu. Hubungan interaksi antara kaum menjadi semakin rapat dalam alam maya, walaupun secara lumrahnya masing-masing mempunyai perasaan malu untuk bertegur sapa. 
Melalui laman ini juga konsep gagasan 1 Malaysia dapat direalisasikan. Dari pandangan negative, laman social seperti Facebook ini jika digunakan secara berlebihan akan menyebabkan mahasiswa itu sendiri daripada aktif menjadi pasif dan ia akan membawa kesan positif pada awalnya dan berakhir dengan kesan negative. Jika diingat kembali pada dahulunya komunikasi dua hala amat berkesan kerana jika ingin berbincang atau ingin menyalurkan maklumat, seseorang individu terpaksa berjumpa dengan individu yang lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi kini, keadaan itu semakin kurang dipraktikkan kerana masing-masing mempunyai akaun laman social yang boleh digunakan untuk berteraksi tanpa bersua muka. Sebagai contoh setibanya hari lebaran iaitu hari raya aidilfitri, adat menghantar kad raya semakin dilupakan. Para pengguna facebook terutamanya pelajar sanggup scan kad tersebut dan hanya menanda nama rakan mereka sebagai tanda ucapan. Adat dan budaya menhantar kad raya seperti dahulu kian pupus ditelan zaman. Sebagai mahasiswa sememangnya Facebook tersebut digunakan untuk kegunaan dan kepuasan masing-masing menurut Teori Kegunaan dan Kepuasan oleh Bumbler dan Katz (1974). Dalam teori tersebut menerangkan bagaimana ciri-ciri individu yang berlainan watak menggunakan saluran media seperti laman sosial (Facebook) untuk memuaskan kehendak dan juga untuk menyelesaikan masalah. Individu-individu tertentu seperti pengguna laman sosial sendiri mempunyai tujuan yang berlainan untuk menyokong perlakuannya. Daripada perspektif teori ini, kepuasan individu terutamanya pelajar dalam menggunakan laman sosial mempunyai baik dan buruk bergantung kepada cara ia digunakan selain dapat membantu menyokong perlakuan dalam melakukan sesuatu pekara ke arah kebaikan. Sebagai pelajar yang mempunyai tahap pendidikan dan waras akal fikirannya, gunakan sebaik mungkin kemudahan laman sosial seperti Facebook ini untuk kebaikan bersama disamping dapat merealisasikan gagasan 1 Malaysia.
20/1/2010 11:37:12 AM
Pengirim: mohd zuwairi (Sinar Harian)

No comments:

Post a Comment

My Nuffnang