Thursday 27 October 2011

Perjalanan Hidup Masih Jauh, Tapi Mati Itu Sesuatu Yang Pasti

Perjalanan hidup kita mmg jauh, selagi kita bernafas selagi itulah kita akan melalui hidup yang penuh dgn pahit manis kehidupan. Tp jgn sesekali lupa, ada benda y sentiasa dekat dgn kita iaitu Mati. Mati adalah sesuatu yang pasti tp entah bila saat ia menemui kita.
Sesungguhnya kematian tidak dapat dipisahkan dari manusia. Kematian tidak mengenal sesiapa. Apabila sampai ajal yang ditetapkan oleh Allah, maka tiada yang boleh menolaknya.Para ulama mengibaratkan nyawa ini seperti daun pokok yang rendang. Daun-daun ini akan gugur apabila tiba masanya; tidak kira hijau atau kuning, tua atau muda. Adakah kita telah bersedia untuk menemui masamasa tersebut ? Menjadi kewajiban manusia mengambil peringatan ini supaya dapat bersedia menghadapi masa tersebut. Ingatlah apabila tiba saat dicabutkan roh dari badan, pintu taubat telah tertutup. Jika kita di kalangan orang yang taat kepada Allah, maka kita adalah orang yang beruntung. Begitulah sebaliknya…

Ulama menyebut bahawa orang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :
1) Dia akan segera bertaubat kepada Allah
2) Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya
3) Dia akan rajin mengerjakan ibadah.

Begitulah sebaliknya. Manusia akan dihinakan dengan 3 perkara jika ia
lupa dari mengingati mati.

1) Dia lupa kepada taubat kepada Allah
2) Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya
3) Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

MAKRUH MENGHARAPKAN MATI
Sebahagian ulama dan pendukung As-Syafie menghukumkan makruh sekiranya mengharapkan kematian kerana bahaya yang menimpanya. Namun, harus mengharapkan mati kerana risau terhadap agama, kerosakan zaman telah merebak dan seumpamanya. Renungi maksud sabda baginda saw : Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya. Kalaupun terpaksa, maka katakanlah : Ya Allah Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku.Dan matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku"

TALQINKAN ORANG YANG SEDANG NAZAK
Apabila zahir tanda-tanda naza', dianjurkan mengajar kepada orang yang hampir meninggal dunia dengan kalimah syahadah. – LAILAHAILLALLAH supaya kalimah ini menjadi ucapan terakhirnya. Ini kerana menurut sabda Nabi saw bahawa syaitan akan datang kepada seseorang menjelang matinya bagi menggodanya agar meninggalkan Islam dan mati di dalam agama Yahudi dan Nasrani.

Disesuaikan dari buku: Himpunan Hukum Berkait Dengan Mayat. Karangan Us Mohd Azmi Hj
Masjuri Al-Banjari Al-Azhari
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah

No comments:

Post a Comment

My Nuffnang