Wednesday 12 October 2011

Hidup cara Kekasih Allah


Dalam hidup seharian, kita selalu lalai dalam menjaga pemakanan dan cara hidup sedangkan ia adalah sesuatu yang sangat penting. Kali ini Hasnul ingin berkongsi dgn anda tentang cara hidup Rasulullah SAW yang blh kta amalkan kerana ia bukan shj dapat menjaga kesihatan kita, malah kita juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T…


Bangun Pagi
Bangun sebelum subuh-solat sunah dan solat fardhu(berjemaah sebaiknya).
Fadhilat:
 Berlimpah pahala dari Allah S.W.T
 Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk system respirasi
 Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa
Waktu Subuh adalah waktu yang kaya dengan oksigen uadara masih lagi bersih kerana belum dikotori oleh unsur pencemaran. Udara yang segar sudah semestinya diperlukan untuk member kecergasan fizikal dan kecerdasan mental dalam kita menjalani aktiviti seharian.




Sarapan dengan minum air putih dan madu
Nabi selalunya bersarapan dengan airputih dan sesudu madu. Dua unsure ini sangat luar biasa manfaatnya.Madu terkenal sebagai penyembuh pelbagai penyakit, membersihkan usus dan mencegah radang. Air putih pula kaya dengan mineral akan memenuhi keperluan tubuh. Ia juga dijadikan sebagai pencuci hati.



Makan Tengahari
Nabi biasanya mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkn kolesterol dalam tubuh manusia. Kombinasi ini juga baik untuk menjaga kstabilan suhu badan.



Makan Sayur Di Malam Hari
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.
Sabda Rasullulah SAW :
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.

Aktif Menjaga Kebersihan.
Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

Tidak Pernah Banyak Makan.
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.


Gemar Berjalan Kaki.
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

Tidak Pemarah.
Nasihat Rasulullah SAW: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
 Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
 Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
 Segeralah berwudhuk.
 Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.
Optimis Dan Tidak Putus Asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

Tak Pernah Iri Hati.
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:
 Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
 Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.
Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh. Terbukti apa yang dilakukan Nabi sangat baik kerana sesuai sesuai dengan ilmu biologi tubuh badan.Jadi kan tidak ada salahnya kita cuba mempraktikkannya.

Semoga beberapa tips kesihatan yang dipratikkan oleh Rasulullah SAW di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk hidup sihat. Selamat Beramal...

1 comment:

My Nuffnang