Friday, 28 October 2011

Kenapa Sembah Benda Hitam Tu?


Mari sama2 kita baca kisah perbualan ini ttg "kenapa kita sembah benda hitam tu?"

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
"Oh.... itu Kaabah at...au nama lainnya Baitullah"
"Baitullah tu apa?" ...
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"
"Allah ada dalam tu?"
"Tak....."
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."
"Kamu sembah apa?"
"Saya sembah Allah swt"
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"
"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"
"Pernah...... selalu.."
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"
"Tengok perlawanan bola la.."
"Di mana?"
"Dalam tv la.."
"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."
"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
"So..?"
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"
"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."
"Peliknya.."
"Sebab apa pulak pelik?"
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."
"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"
"Ya.. tak pelik.."
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..

Kdg2 persoalan demi persoalan yang ditanya keatas apa saje perbuatan kita. So, dgn ilmu dptlah kte mnjwb persoalan itu dgn berhemah agar pe y kte smpikan realistic dan blh diterima oleh si penyoal tadi.Bykkn menuntut ilmu, dgn Ilmu kte blh beramal...Beramal dgn Ilmu..InsyaAllah amalan dan ilmu yang disampaikan akan bermanfaat utk semua insan...Amin...Pesan2kan...

Read more...

Ketika...

Ketika kamu dilahirkan, kamu diazan tanpa Solat,
Ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan.

Ketika kamu dilahirkan kamu tidak mengetahui siapa yang mengeluarkan kamu,
Ketika kamu mati kamu tidak tahu siapa yang akanmengusung kamu.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibersih dan dimandikan,
Ketika kamu mati, kamu dimandikan dan dibersihkan serta disolatkan.

Ketika kamu dilahirkan, kedua ibu bapa dan keluarga kamu bergembira,
Ketika kamu mati, kedua ibu bapa dan keluarga kamu menangis ke atas kamu.

Adam dan keturunannya dijadikann daripada tanah
Maha Suci Allah yang menjadikan kamu telah memasukkan kamu kedalam setelah mati

Ketika dalam perut ibu, kamu berada dalam kegelapan dan kesempitan,
Ketika kamu mati , kamu juga berada dalam kegelapan dan kesempitan.

Ketika kamu dilahirkan, kamu dibaluti kain supaya melindungi tubuhmu,
Ketika kamu mati, kamu juga dibaluti dengan kain untuk melindungi tubuhmu.

Ketika kamu dilahirkan dan setelah dewasa, kamu diperhati dan melakukan kemahiran,
Ketika kamu mati, Kamu  tidak  akan ditanya melainkan amalan soleh...
Apakah bekalan kamu yang telah kamu sediakan..?

Insafi Diri, Pesan2kn dan Selamat Beramal...

Read more...

Thursday, 27 October 2011

Air Suam Satu..huhu

Post tuk ari nie berkenaan dgn kesihatan. Tahukah anda air masak amat penting untuk kesihatan.(huhu cam doktor r lak)...Sesuai dgn sunnah Rasulullah S.A.W, baginda meminum air masak semasa sarapan pagi utk mencuci hati...so sy nk share dgn kwn2 semua bila time y sesuai num air...seperti y disarankan, kte kena minum air sekurang-kurangnya 8 gelas...Nah!!!pe lg minum r air byk2 ikut masa nie...

SELEPAS BANGUN TIDUR
Minum dua gelas air masak . Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.
30 MINIT SEBELUM MAKAN
Minum segelas air masak. Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.
SEBELUM MANDI
Minum segelas air masak. Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.
SEBELUM TIDUR
Minum segelas air masak. Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

Kalo kte kira bilangan gelas air y diminum tue x smpi lg 8 gelaskn...So yang 3 gelas lg minum selepas makan...minum air lebih dari 8 gelas pun lagi baik...hehe...Pesan2kn ye...
Read more...

Tahun depan Tukar Mykad lagi...Huhu


KLUANG 15 Okt. — Mulai Januari tahun depan, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan mengeluarkan MyKad baru yang dipertingkatkan ciri-ciri keselamatannya serta tahap kualitinya, kata Menteri Dalam Negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.

"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.

Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad. — Bernama


Read more...

Perjalanan Hidup Masih Jauh, Tapi Mati Itu Sesuatu Yang Pasti

Perjalanan hidup kita mmg jauh, selagi kita bernafas selagi itulah kita akan melalui hidup yang penuh dgn pahit manis kehidupan. Tp jgn sesekali lupa, ada benda y sentiasa dekat dgn kita iaitu Mati. Mati adalah sesuatu yang pasti tp entah bila saat ia menemui kita.
Sesungguhnya kematian tidak dapat dipisahkan dari manusia. Kematian tidak mengenal sesiapa. Apabila sampai ajal yang ditetapkan oleh Allah, maka tiada yang boleh menolaknya.Para ulama mengibaratkan nyawa ini seperti daun pokok yang rendang. Daun-daun ini akan gugur apabila tiba masanya; tidak kira hijau atau kuning, tua atau muda. Adakah kita telah bersedia untuk menemui masamasa tersebut ? Menjadi kewajiban manusia mengambil peringatan ini supaya dapat bersedia menghadapi masa tersebut. Ingatlah apabila tiba saat dicabutkan roh dari badan, pintu taubat telah tertutup. Jika kita di kalangan orang yang taat kepada Allah, maka kita adalah orang yang beruntung. Begitulah sebaliknya…

Ulama menyebut bahawa orang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :
1) Dia akan segera bertaubat kepada Allah
2) Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya
3) Dia akan rajin mengerjakan ibadah.

Begitulah sebaliknya. Manusia akan dihinakan dengan 3 perkara jika ia
lupa dari mengingati mati.

1) Dia lupa kepada taubat kepada Allah
2) Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya
3) Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

MAKRUH MENGHARAPKAN MATI
Sebahagian ulama dan pendukung As-Syafie menghukumkan makruh sekiranya mengharapkan kematian kerana bahaya yang menimpanya. Namun, harus mengharapkan mati kerana risau terhadap agama, kerosakan zaman telah merebak dan seumpamanya. Renungi maksud sabda baginda saw : Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya. Kalaupun terpaksa, maka katakanlah : Ya Allah Ya Tuhanku! Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku.Dan matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku"

TALQINKAN ORANG YANG SEDANG NAZAK
Apabila zahir tanda-tanda naza', dianjurkan mengajar kepada orang yang hampir meninggal dunia dengan kalimah syahadah. – LAILAHAILLALLAH supaya kalimah ini menjadi ucapan terakhirnya. Ini kerana menurut sabda Nabi saw bahawa syaitan akan datang kepada seseorang menjelang matinya bagi menggodanya agar meninggalkan Islam dan mati di dalam agama Yahudi dan Nasrani.

Disesuaikan dari buku: Himpunan Hukum Berkait Dengan Mayat. Karangan Us Mohd Azmi Hj
Masjuri Al-Banjari Al-Azhari
Dikeluarkan oleh Syukbah Dakwah dan Pendidikan, Masjid Negeri Sabah

Read more...

Wednesday, 26 October 2011

Akhirnya Mimpi Itu Bermakna

Betullah, kadang2 pe yang kta impikan tidak akan tercapai kalo kita takde keberanian. Hasnul dah byk lalui benda nie, adakalanya benda tue sgt complicated sedangkn ia simple. Entry nie xde kena mengena dgn ssape, just type pe y terlintas di minda…jiwa2 cikit tp dah bacakn terus je baca smpi hbs huhu..InsyaAllah ada y blh kta kongsikn.
Baru2 nie ade bende y menyerabutkn fikiran…dah pasti ape bndenya cuma x berani tuk bertindak…pada mulanya byk persoalan yang berada diminda, pertengahannya semakin byk pula kata kerja, hati ckp no tp otak pula kata ya(pinjam ckit lirik lagu najwa)..so yakinkn diri.akhirnya dgn keberanian yang ada benda tue sudah seiring dgn sy. Alhamdulillah…Spnjg perancangan ingin bertindak tue word nie r yang sering bermain di fikiran”mimpi xkn bermakna tanpe keberanian”(ayat Erra Fazira)….pas tu dpt sedikit kekuatan dan keberanian, dpt juga medium yang sesuai, so let’s action( bertindak r). Consequencenyerr biarlah tuhan yang tentukan yang penting kite berani utk bertindak dan berani utk meluahkannya…this is more important..sekurang-kurangnye mencuba, kalo x cuba kte xkan tahu what the answer to our question kn...
Mood hari nie
Biasa2 je…nervous sedikit tp xtau nape…
Serabut Ckit coz assignment..masalahnye x nk wat gak
Ari ni semangat ckit nk g keje…
Nk msk tuk kwn2 tp mls nk bgn awal…bgn awal tp landing lme sgt…sabojelah..


Read more...

Tuesday, 25 October 2011

Lepas Makan Je Mengantuk..huh


Lepas makan je mengantuk..ntah pape...kalo x mkn lak lapo...erm..pas baca byk artikel baru hasnul tahu kalo kte mengantuk mksdnye kte kurang minum air. kalo kte kurang minum air, pe y kte mkn lmbt tuk dicerna dan oksigen juga x smpi ke otak menyebabkn kte mengantuk...


Bkn tue je, byk2 r minum air coz byk gak efffect kalo x minum air secukupnya..ni adalah diantara kesan2 kalo kte x cukup cairan dalam badan(Minum air secukupnya):

Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
Sukar membuat perkiraan, walaupun yang Mudah
Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada layar komputer atau bahan bacaan tercetak
Tekanan darah menurun
Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
Lesu pada waktu siang
Sakit punggung
Dehidrasi
Sakit kepala
Memperlahankan kadar metabolisme
Meningkatkan risiko kanker usus, pundi kencing dan payu dara
Sendi dan otot mengalami kekeringan
Menyukarkan penyingkiran bahan beracun
Meningkatkan keinginan untuk makan
Darah menjadi pekat
Mudah keliru.
Detak jantung meningkat
Mempengaruhi reaksi kimia dalam badan

Read more...

My Nuffnang