Monday, 24 October 2011

Utusan Malaysia Online - Waktu Solat

Utusan Malaysia Online - Waktu Solat


Read more...

Guna Medium Ini Sebaiknya

Tertarik dengan berita mengenai seorang pelajar di dakwa kerana komen berhubung isu kalimah Allah di laman social Facebook tertarik untuk memberi sedikit pandangan Facebook dari sudut pelajar yang menggunakannya. Jika diimbas kembali, pada awalnya media hanya berkembang dengan adanya media cetak, media elektronik dan kini munculnya media baru. Kemunculan media baru dengan pelbagai aplikasi digunakan di seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Pelbagai laman social wujud dalam talian seperti Friendster, Facebook, Tagged dan Myspace. Pengguna laman social ini terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kebanyakan penggunanya adalah remaja terutamanya pelajar kerana pada mulanya akaun Facebook ini dibuka untuk memudahkan kerja pelajar itu sendiri dan jika disalahguna keadaan sebaliknya akan berlaku. Seperti yang diketahui Facebook mempunyai kesan positif dan negative. Berbalik kepada isu Kalimah Allah ia memberikan kesan negative kepada pengguna laman social tersebut. Facebook sebenarnya boleh dijadikan medium dalam merapatkan lagi hubungan interaksi sesama kaum. Hal ini dapat dilihat dalam akaun laman social seseorang yang mempunyai rakan pelbagai kaum sama ada Cina, India mahupun Melayu. Hubungan interaksi antara kaum menjadi semakin rapat dalam alam maya, walaupun secara lumrahnya masing-masing mempunyai perasaan malu untuk bertegur sapa. 
Melalui laman ini juga konsep gagasan 1 Malaysia dapat direalisasikan. Dari pandangan negative, laman social seperti Facebook ini jika digunakan secara berlebihan akan menyebabkan mahasiswa itu sendiri daripada aktif menjadi pasif dan ia akan membawa kesan positif pada awalnya dan berakhir dengan kesan negative. Jika diingat kembali pada dahulunya komunikasi dua hala amat berkesan kerana jika ingin berbincang atau ingin menyalurkan maklumat, seseorang individu terpaksa berjumpa dengan individu yang lain bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tetapi kini, keadaan itu semakin kurang dipraktikkan kerana masing-masing mempunyai akaun laman social yang boleh digunakan untuk berteraksi tanpa bersua muka. Sebagai contoh setibanya hari lebaran iaitu hari raya aidilfitri, adat menghantar kad raya semakin dilupakan. Para pengguna facebook terutamanya pelajar sanggup scan kad tersebut dan hanya menanda nama rakan mereka sebagai tanda ucapan. Adat dan budaya menhantar kad raya seperti dahulu kian pupus ditelan zaman. Sebagai mahasiswa sememangnya Facebook tersebut digunakan untuk kegunaan dan kepuasan masing-masing menurut Teori Kegunaan dan Kepuasan oleh Bumbler dan Katz (1974). Dalam teori tersebut menerangkan bagaimana ciri-ciri individu yang berlainan watak menggunakan saluran media seperti laman sosial (Facebook) untuk memuaskan kehendak dan juga untuk menyelesaikan masalah. Individu-individu tertentu seperti pengguna laman sosial sendiri mempunyai tujuan yang berlainan untuk menyokong perlakuannya. Daripada perspektif teori ini, kepuasan individu terutamanya pelajar dalam menggunakan laman sosial mempunyai baik dan buruk bergantung kepada cara ia digunakan selain dapat membantu menyokong perlakuan dalam melakukan sesuatu pekara ke arah kebaikan. Sebagai pelajar yang mempunyai tahap pendidikan dan waras akal fikirannya, gunakan sebaik mungkin kemudahan laman sosial seperti Facebook ini untuk kebaikan bersama disamping dapat merealisasikan gagasan 1 Malaysia.
20/1/2010 11:37:12 AM
Pengirim: mohd zuwairi (Sinar Harian)

Read more...

Lobak @ Telur @ Kopi?

This entri nk wat cerita pasal yang mana satu sifat kte jika kte berhadapan dgn kesusahan ataupun ujian. Cerita nie sgt menarik utk dijadikan teladan. Bacalah n pesan2kn…

Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan menanyakan mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Ia tidak tahu bagaimana menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Dia sudah letih untuk berjuang. Sepertinya setiap kali satu masalah selesai, timbul masalah baru.Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisi 3 periuk dengan air dan menaruhnya di atas api. Setelah air di ketiga-tiga periuk tersebut mendidih. Ia menaruh lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan ia menaruh serbuk kopi di periuk terakhir.

Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar, memikirkan apa yang sedang dikerjakan oleh ayahnya.
Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Ia menyisihkan lobak dan menaruhnya di mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya di mangkuk yang lain, dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.Lalu ia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur, dan kopi" jawab si anak. Ayahnya mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasakan lobak itu. Dia melakukannya dan merasakan bahawa lobak itu terasa enak.Ayahnya lalu memintanya mengambil telur dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia mendapati sebuah telur rebus yang mengeras. Terakhir, ayahnya memintanya untuk menghirup kopi. Si anak tersenyum seketika, menghirup kopi dengan aromanya yang sungguh enak itu. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, Ayah?"
Ayahnya menerangkan bahawa ketiganya telah menghadapi kesulitan yang sama, perebusan, tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan lunak. Telur sebelumnya mudah pecah.
Cengkerang tipisnya melindungi isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik. Setelah berada di dalam rebusan air, serbuk kopi merubah air tersebut."Kamu termasuk yang mana?," tanya ayahnya.
"Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui... Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya? Apakah kamu lobak, telur atau serbuk kopi?" 


Pengajaran : 
Adakah anda adalah lobak yang kelihatannya keras, kukuh tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kamu menyerah, rapuh menjadi lembut dan kehilangan kekuatanmu…

Atau adakah kamu adalah telur, yang awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamik? Namun setelah adanya kematian, patah hati,perceraian atau kegagalan menjadi keras dan kaku xberdaya lagi meneruskan hidup.

Ataukah kamu adalah serbuk kopi? Serbuk kopi merubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasanya yang maksimum pada suhu 100 darjah Celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi terasa semakin nikmat.
Jika kamu seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarmu juga menjadi semakin baik.

Dunia ini penuh dgn hikmah pada setiap kejadiannya dan kita boleh memperoleh iktibar bagi setiap seseuatu.Jadi fikirlah keran setiap satu ada jawabnya dan pesan2kan ia…Selamat Beramal.

Read more...

Sunday, 23 October 2011

Babi "Makian atau Haiwan"



Sebenarnya nak cerita pasal haiwan nie...cerita nie xde kaitan dgn y hidup mahupun y mati..rekaan semata-mata utk menjadi pengajaran dlm hidup kte...Dijadikan cerita...pada suatu hari...Shrek (bukan nama sebenar) sedang memandu keretanya di jalan pegunungan, ketika dengan santai menikmati pemandangan yang indah, tiba-tiba dari arah depan datang sebuah trak barang.Si pemandu trak barang tadi membuka jendela dan berteriak dengan keras, “Babi!” Mendengar suara ini Shrek menjadi emosi, "pesal lak org nie maki aku" kata hatinya...pas tue dia juga membuka jendela dan memaki, “Kamulah babi!”Baru saja habis memaki, dia telah berlanggar dengan sekumpulan babi yang sedang menyeberang jalan. Sbnrnya pemandu trak tue betul2 nk gtau Shrek y sekumpulan babi sedang melintas jalan, tp shrek ingatkan "Babi" tue satu makian...akhirnya die sendiri yang tercedera akibat berlanggar dgn babi tersebut.So....pengajarannya, jangan salah tafsir maksud kebaikan dari orang lain, hal tersebut akan menyebabkan kerugian anda...dan jaga lisan anda kerana kalo kita memaki kita akan membuat orang lain rasa terhina. Fikir2kanlah ye...

Read more...

Saturday, 22 October 2011

Fadhli feat Hasnul Ttg BC+BS+BK




Bercinta? Semua makhluk yang bernama manusia perlukan cinta, tp jgn dgn cinta kita lupa pada family, sahabat dan kawan2…yelah..kdg2 cinta tue blh mmbutakan dan mengalpakan…lg2 bercinta dgn manusia(eh xde r sampai mcm tue) betul ade..tp bukan saya…ada r kwn2 saya hehe… jgn jadi macam tue..seimbangkn supaya semua pihak berpuashati…bagi saya arrangekn ikut priority dan kepentingan. Adakalanya psgn kite nie sntiasa inginkn perhatian sampai kte terlupa dgn shbt n kwn. Tp bila dah ade problem dgn psgn, baru kita cari shbt n kwn. Pas tue putus lak…terhegeh nk cari kawan, pas tue kwn x layan, tercari-cari lak sahabat…sahabat je terus menadah telinga mendengar luahan…Eh jgn jd mcm tue k…cian kat shbt n kwn, bila happy dorang cm xde, dunia kita bgaikan syurga, bila sedih baru tahu cinta itu sementara...haha…

Bersahabat?Sahabat nie cam pali ckp x ramai, kalo dah lebih dari 3 tue bkn shbt, tue kawan…mmg r dlm dunia nie kte sgt memerlukan kawan…xkisah r kawan istimewa ke? kawan biasa ke? Yang pasti dlm dunia nie, kte perlukan kawan. Kawan mmg byk tp sejauhmanakah erti kawan itu wujud. Kalo kte sedih die sedih gak ke? Kalo kte gelak die happy gak ke? Kalo kte kena hujan die basah gak ke? Kalo kte kena sunlight die berpanas jugak kerr?(Eh sunlight tue ke pencuci pinggan…die berbuih bersama ker..haha) Kalo kita ada kawan mcm tue, die xlayak dipanggil kawan..die tue r sahabat kite. Sahabat kte sentiasa bersama kta x kira ssh n senang(tp mcm mandi, tido tue masing2 r)huhu… pe org ckp, kalo kite sakit die pun blh rasa…die r sehidup semati…cam nie r gambaran shbt sejati…cam lagu “Count of Me”nie...
Berkawan? Kawan nie ramai, semua orang disekeliling kita blh jadi kawan, jd lawan pun blh..tp kte still perlukn kawan. Org ckp kawan nie ade time kte happy je, betul ke?time kte gelak2, time kte huha-huha…tp bila time sedih, habuk pun xde..bkn cam tue, sy rasa kte pun xnk bg semua kwn2 kte ssh n rasa dgn ape y kte rasa…kte akan meluahkan dgn segelintir saje dgn org2 yang betul2 kte percayai…iaitu sahabat atau kekasih kte. Tapi selalunya, apabila kte ada mslh, kte akan bgtau org y terdekat dgn kte…xkira r shbt ke? Kekasih ke? Sebab kte akan dpt rasakn kepada siapa kte patut luahkn sesuatu.
Apepun…Takkan mungkin kte bertahan, hidup dlm bersendirian, panas terik, hujan badai…kita lalui bersama…
Dunia ini memang seindah biasa kalo kite menghargai setiap insan yang bergelar kekasih, sahabat n kawan…Sayang anda semua..anda tahu dimana letaknya anda…

Read more...

Wednesday, 12 October 2011

Hidup cara Kekasih Allah


Dalam hidup seharian, kita selalu lalai dalam menjaga pemakanan dan cara hidup sedangkan ia adalah sesuatu yang sangat penting. Kali ini Hasnul ingin berkongsi dgn anda tentang cara hidup Rasulullah SAW yang blh kta amalkan kerana ia bukan shj dapat menjaga kesihatan kita, malah kita juga mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T…


Bangun Pagi
Bangun sebelum subuh-solat sunah dan solat fardhu(berjemaah sebaiknya).
Fadhilat:
 Berlimpah pahala dari Allah S.W.T
 Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk system respirasi
 Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa
Waktu Subuh adalah waktu yang kaya dengan oksigen uadara masih lagi bersih kerana belum dikotori oleh unsur pencemaran. Udara yang segar sudah semestinya diperlukan untuk member kecergasan fizikal dan kecerdasan mental dalam kita menjalani aktiviti seharian.




Sarapan dengan minum air putih dan madu
Nabi selalunya bersarapan dengan airputih dan sesudu madu. Dua unsure ini sangat luar biasa manfaatnya.Madu terkenal sebagai penyembuh pelbagai penyakit, membersihkan usus dan mencegah radang. Air putih pula kaya dengan mineral akan memenuhi keperluan tubuh. Ia juga dijadikan sebagai pencuci hati.



Makan Tengahari
Nabi biasanya mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkn kolesterol dalam tubuh manusia. Kombinasi ini juga baik untuk menjaga kstabilan suhu badan.



Makan Sayur Di Malam Hari
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.
Sabda Rasullulah SAW :
Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.

Aktif Menjaga Kebersihan.
Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

Tidak Pernah Banyak Makan.
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.


Gemar Berjalan Kaki.
Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

Tidak Pemarah.
Nasihat Rasulullah SAW: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:
 Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
 Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
 Segeralah berwudhuk.
 Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.
Optimis Dan Tidak Putus Asa.
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

Tak Pernah Iri Hati.
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:
 Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
 Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.
Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh. Terbukti apa yang dilakukan Nabi sangat baik kerana sesuai sesuai dengan ilmu biologi tubuh badan.Jadi kan tidak ada salahnya kita cuba mempraktikkannya.

Semoga beberapa tips kesihatan yang dipratikkan oleh Rasulullah SAW di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk hidup sihat. Selamat Beramal...


Read more...

Monday, 10 October 2011

Mencari Bidadari


Entri utk kali nie, Hasnul nk postkan sesuatu yang berkaitan dgn munakahat ataupun perkhawinan…Bilalah Hasnul akan bertemu jodohkan?Semuanya ditentukan oleh Allah S.W.T, yang pasti kita perlu berusaha untuk mencari yang terbaik, bkn mcm sesetengah org, tgk kwn2 len kahwin...terburu2 gak nk kahwin sedangkan perkhawinan nie bukannya perkara main2, kalo blh nk sekali seumur hidup…hehe…Mmglah perkhawinan digalakkan dlm Islam tp ada syarat dan peraturannya. Dlm mencari isteri nie kalo boleh hasnul nk die bertudung, menghormati orang tua, beriman dan penyayang. Rasulullah S.A.W menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri yang beragama Islam serta berakhlak mulia, kerana bila isteri kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia, maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah S.W.T.


Cari perempuan nie mmg mudah…tuk mencari bidadari sgt lah susah…mmglah kn..sape soh cari bidadari? Haha..mksd Hasnul perempuan yang baik2. X salah kita cari yang cantik, yang berharta, yang berketurunan baik2, apa yang paling penting die tue beragama coz kalo die beragama sudah pasti dia akan bijak dlm menguruskn hartanya, kecantikannya dan keturunannya. Mcm Hasnul kalo blh nk cari perempuan mcm nie, barulah terurus rumah tangga. Hasnul nie pun bknnya baik sgt, konon nk cari y vogue dgn alasan nk ubah die menjadi lebih baik, mmg digalakkn tp secara peribadi Hasnul berdoa supaya dikurniakan dgn isteri yang buta matanya, tiada pendengarannya, bisu bicaranya agar mudah utk Hasnul melalui hidup ini bersama2 dgn sidia yang semuanya kurang upaya. Tp jika dijodohkn dgn perempuan2 yang vogue ke, pe org cakap…wanita2 howtzlah katakan…InsyaAllah akan Hasnul galas tanggungjawab utk hijrahkannya agar tidak dipersoalkn di hari pengadilan…Amin

Renung2knlah dan selamat beramal. Slh dan silap bicara harap dimaafkn. Apa yang baik semuanya dari Allah S.W.T, dan yang salah itu dtg dr kesilapan saya yang lemah ini. Mohon perbetulkan.Salam.Hasnul.H

Read more...

My Nuffnang