Friday, 16 December 2011

Garisan Masa di Muka Buku


Hai, salam semua…da lme xmsukkn entri dlm blog nie..xde idea…lgpun bz wat keje2 sekolah(thesis) n keje2 opis…Erm td layan2 FB nmpk r sorang friend nie brmslh pasal timeline kat profile die...terus je find how to solve this problem, kot2 worry if sy pun bakal terkena dgn benda ni So, I hope this guide can help others that will face the same problem with the curiousity person tue…haha...

Step 1: Buka page n klik Facebook Developer. Skrg kwn2 akan dpt tgk butang  Edit App di sebelah kanan(atas)menu. Klik r…cam gambar kat bwh nie :




Step 2: Pas klik butang Edit App satu window baru akan muncul kat sebelah kiri n ada kn option2 dan tgk option related links, dlm Related Links tue ada Delete App…klik r butang tue…cam pic bwh nie:



Step 3: Pas tekan butang tue t ade r Window Popup utk tanya kwn2…nk minta pengesahan cam pic k at bawah nie. So kalo nak remove timeline tu…tekan r Confirm dan tgk r profile anda…rsnye timeline tue dah xde kot. Kalo ade lg...erm..xtau r lak...hehe...



Kalo suka post nie like r..hehe..InsyaAllah dpt mmbantu kwn2 mghilangkn timeline tue.Pesan2kn ek.
Harap dpt mmbantu kwn2 semua..=)



Read more...

Friday, 2 December 2011

Mukjizat Al Quran

Salam n selamat pagi semua.Diharap semua saudara2 ku sihat walafiat.Hari ni Alhamdulillah sy diberi nikmat gembira oleh allah. S.W.T meskipun sy xsihat coz diuji dgn gatal2 kat tgn...doktor kata alergic..hehe...tp anyway..dah mkn ubat..InsyaAllah beransur pulih. Apepun pagi2 nie smpi je office..biasa r menghdp pc, check FB n Buka lagi email…sy dpt info nie…hehe…ni lak ttg mcmne nak menangani Syaitan Durjana..so kte share k...

۞ Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
۞ Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
۞ Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
۞ Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
۞ Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke.
۞ Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
۞ Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

Sebar-sebarkan info ini Wahai SaudaraKu...
Jangan kita malas dan mengalah….ini mungkin menjadi setitik amal jariah yang bakal terhimpun menjadi telaga di akhirat nanti….

Read more...

Thursday, 1 December 2011

Ada Apa Dengan Al-Quran?


Salam Jumaat...suka sy buka email sy pagi2 coz ade je kwn sy yang sharing somthing y menarik tuk kte semua iaitu berkaitan dgn AlQuran...setiap surah dlm Al-Quran mempunyai mukjizatnya yang tersendiri...So sy masukkn dlm entri ni  tuk berkongsi dengan teman-teman sekelian. Semoga ianya memberi manfaat pada kita semua……amiiin...
Dikatakan :- 
۞Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT. 
۞Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat. 
۞Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat. 
۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir. 
۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur. 
۞ Surah Al-Kauthar dapat meleraikan segala perbalahan. 
۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian. 
۞Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq. 
۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki. 
۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Read more...

Ku Percaya Pada Kata

Entahlah..mlm nie tiba2 diri terasa kosong. Sambil2 mendengar lagu2 cinta kegemaran.Terbayang wajah2 orang tersayang…huh…Entahlah…

Ku Percaya pada kata x semua yang kita idamkan akan jd milik kita. X semua cinta harus memiliki.Sedih r lak tp mmg itulah hakikatnya. Sowi kwn2 kalo entri kali nie membosankan. Tp hanya nak meluahkan rasa hati...Hari demi hari yang dilalui terasa ada sesuatu yang tidak lengkap…meskipun hidup diselit dgn kisah suka dan tawa, jauh disudut hati ada benda yang tak terungkapkan. Aku kehilangan???Kenapa x blh terima kehilangan sedangkan mmg sudah lumrah insan akan berhdpn dgn sebuah kehilangan… Mungkin salah satu sebab kenapa aku merasa kekosongan, tp apa y pasti dgn kehilanganlah aku bina kekuatan utk terus berdiri pd kaki sendiri menghadapi sisa2 hidup didunia sementara ini. Kan Allah S.W.T sentiasa menguji hambaNya sebagai tanda cinta untuk melihat seteguh mana keimanan. Mungkin aku yang terpilih kali ini. Aku hanya mampu bersyukur, berdoa dan menjalani hidup ini seadanya kerana aku yakin ada sesuatu perancangan yang terbaik dari Dia untuk aku dan sesungguhnya ia lebih baik daripada apa yang aku rancangkan.

Ku percaya pada kata lelaki tangisnya dihati…benar juga kata kdg2 kte org itu ketawa, tp dlm hatinya kesedihan…tp aku xde r kesedihan cuma rasa xde apa2…kdg2 termenung muhasabah diri, tanpa disedari airmata mengalir dipipi…lantas airmata itu disapu jari jemari agar xsiapa akan tahu sambil hati berbisik tertanya-tanya dimana kedudukan aku selama aku hidup didunia ni untuk menempuhi hari yang dijanjikan olehNya..sudah bersediakah aku...

Ku Percaya pada kata org slalu perhatikan kte…smlah dgn kte…Kte slalu mengata org… kenapa perlu mengata n kutuk org??...cukup baikkah kte ni…hehe… “Hasnul jgn suka kutuk org k”pesan ku pada diri mulai saat ini… Hakikatnya tiada insan yang sempurna dan bersyukur pada setiap kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.Tpada diri…jaga ia sebaiknya kerana ia bukan milik kita. Sentiasa ingat bahawa kelebihan itu akan kembali , sekali dgn jasad dan rohani  kita akan kembali kepada y Maha Kuasa…
sudah bersediakah aku…

Kawan2…sekadar renungan untuk diri…Nukilan untuk memperbaiki diri yang seringkala terasa kekosongan…mungkin ada sesuatu yang belum diselesaikn…Insyallah…Kwn2 yang membacanya…halalkan segala pemberian, maafkan segala kesalahan, ampunkn segala keterlanjuran…

"Amanahmu amanahku bersatu"


Read more...

Sunday, 27 November 2011

Nasihat Utk Sang Pencinta

Salam....entri tuk kali nie nk citer pasal org bercinta...hehe..biasalah sy pun x lari dari benda nie...tp kdg2 kte lalai dgn cinta ...so td sy ada terbaca 10 nasihat utk org2 bercinta...

Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.


Harap 10 nasihat nie bermanfaat utk kte semua...pesan2kan ye...

"Amanahmu Amanahku Bersatu"

Read more...

Saturday, 26 November 2011

Apa Yang Tersirat Pada Syiling Baru Kita???


Td sy buka email dan terbaca email dari kwn sy...email tue ttg duit syiling baru kita...Mungkin ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini [BNM].

Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru...
 Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak “Star of David” yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.
Persoalannya, adakah “Star of David” sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika “Star of David” pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat  kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason? Wallhualam...Fikir2kn..renung2kn..pesan2kn...

'Amanahku Amanahmu bersatu"

Read more...

Friday, 25 November 2011

Sedetik Lebih Lagu Terbaik AIM18


Salam...Akhirnya lagu yang sgt bermakna utk aku dinobatkan menjadi lagu terbaik utk AIM18...hehe..ari tue pelik gak lagu Yuna "Penakut" blh menang lagu terbaik sedangkan lagu tue dah kalah dgn lagu "Sedetik Lebih". Tp terima jelah...just bgtau ketidakpuashatian nie pd housemate je..rupa2nya betul jangkaan ku mmg AIM18 tersilap..dan akhirnya lagu cinta ku "Sedetik Lebih" adalah lagu terbaik utk AIM18...tahniah...nk cek news die click r link nie http://www.manggaonline.com.my/component/content/article/3415/3415.html...

Read more...

Khutbah Terakhir


Nie video y kedua sy amik dari kwn sy...Nie r khutbah terakhir Rasullullah sblm baginda wafat...Ingin sy kongsikan dgn anda semua...=)...tgk r video nie..semoga bermanfaat utk semua dlm kta mghadapi hari2 mendatang...InsyaAllah dgn tahun baru yang kan menjelang dptlah kte memperbaiki diri kte berbanding tahun lepas....Semoga segala urusan kte dipermudahkan..Amin... 

"Amanahmu Amanahku Bersatu"

Read more...

Thursday, 24 November 2011

Detik Pemergian Kekasih Allah S.W.T

Salam...Smlm sblm tido sy nk tgk citer Hantu dgn kwn sy Firdaus, tggu punye tggu sy godek2 r pe y ade kat laptop die…kebetulan sy jmpe bbrapa video dan yang paling menarik hati sy utk kongsikan dgn anda semua adalah ttg video bertajuk Detik Pemergian Rasulullah S.A.W. Terdiam sy seketika mmbaca cerita pd video tue dgn irama lagu syahdu y sungguh menyayat hati. Tulisan demi tulisan menceritakan ttg keadaan sewaktu Kekasih Allah sedang berhdpn dgn sakaratul maut dibatas masanya. Pe y menyayat hati sy dan membuat airmata saya mengalir…sehingga hembusan nafas terakhir baginda masih risau dan bimbang akan umatnya…sgt menginsafkan diri sy…Disini ingin sy kongsikan video itu utk tatapan semua…maybe ada y dah tgk video nie…tp y belum tgk…blh r kte sma2 insafi diri dan cintai Allah S.W.T serta Kekasihnya…


Selepas sy tgk video nie, rindu rasanya dgn Rasulullah S.A.W, dan sy tahu betapa sygnya baginda pada umatnya...Semoga dgn entri nie, byk2 lah kte berselawat ke atas Nabi dan peganglah apa y ditinggalkn oleh baginda kpd kte yakni Sunnah dan Al-Quran sbg pedoman hidup...

'Amanahmu Amanahku Bersatu"

Read more...

Tuesday, 22 November 2011

Imaginasi Di Luar Kawalan

Salam, dah lme x update blog…kali nie sy xde idea pun nk wat entri ape..just nk berkongsi kerja2 seni sy(konon). Kerja2 ni sy wat time2 boring…edit2 pic..haha..ade y lawak, ade y comei dan ada y wow amazing..hehe…cth pic y lawak…pic nie r…

Yang ni kwn baik sy..yang color merah tue Pali, yang kuing tue cik Nin n yang paling beso nie..Cik Mim...

Yang nie yang amazing…mcm betul2 kat dunia teletubbies…nama pic nie “Hasnul di dunia fantasi”…hehe.



Nie lak baru je pas edit td..comeikn…princess Disney dgn muka kwn2 sekerja saya…comei2kn…huhu…yang nie kwn sekerja saya....Yang jadi snow white tu nama die amy, y jd princess belle tue fafa, n the sleeping beauty tue wawa...rapunzel tue cik Mim n Cinderella tu Cik Nin..sume comei2kn...=)

Semua pic nie just for fun k…xde niat lain pun..so enjoy it…






Read more...

Monday, 14 November 2011

Telur Itu Berbeza

Salam semua…hehe…utk entri kali nie sy nk berkongsi cerita tentang telur… idea nie dtg dari kwn saya Cik Nin..die post pic telur kat page http://www.facebook.com/pages/Kami-Nk-Gtau-Bende/178329238917744 pas tue terus ada idea nk wat citer n citer ni lak Hasnul aspirasikan dari blog nie… miliop.blogspot.com… Die wat citer nie..Hasnul ubah sikit n kemaskn…harap enjoy k…

Once in lifetime…tersebutlah kisa tentang satu kerajaan telur yang aman dan damai...di kerajaan ini terdapat dua kerajaan yang sgt besar iaitu kerajaan Telur Ayamul Serama  dan Kerajaan Telur Itikul Angsania …rakyat jelata dua kerajaan ini hidup aman dan damai…



Nak dijadikan cerita….mengandung r isteri 2 telur2 di dua kerajaan tersebut kerana perbuatan suaminya..haha(tak tahan lak wat citer nie, nk gelak)
Satu hari yang tak ingat hari apa... terjadilah sesuatu yang tak disangka-sangka... jap2..si isteri nk bersalin ke bertelur ek?...kira nk melahirkan r hahaha….kebetulan kedua2 isteri telur ni p kat hospital yang sama…oleh kerana"nurse" nye leka bergurau senda n bergedix2….hahaha

... tertukar r pulak 2 putera raja kerajaan berkenaan….siputih dihantar ke kerajaan Kuning…n si Kuning dihantar ke kerajaan siputih….


Kerajaan Itikul Angsanaia pun mengirimkn perkabaran kepada kerajaan Ayamul Serama utk mgembalikan puteranya dan begitu juga sblknya… Nk dijadikan lagi cerita….sewaktu pnghantaran balik putera raja si telur putih…kecuaian berlaku sekali lagi menyebabkn Putera Si Telur Putih terpecah….


Raja Kerajaan Itikul Angsania amatlah murka… lalu diamuk seluruh istana......dengan hati panas membara......dikerah semua bala tentera.. maka bermula satu sengkata.. antara telur berlainan bangsa..........



sudah menjadi adat dunia ....... gelanggang sabung sudah dibuka. Bila berperang 2 negara... yang tidak berdosa menjadi mangsa........



Ternyata, Kerajaan Telur Itikul Angsania sgt r kuat…dan meraka menang dlm pertempuran ini.
Akhirnya tamatlah perang negara ...... Raja Putih menjulang tahta.........
Jadilah mereka telur berkuasa... lebih mahal harganya berbanding telur yang biasa.
TAPI............
walaupun menang dalam sengketa...
kuasa mereka tidak kemana... 
oleh sebab Telur ayam semuanya pecah dan dah tak de....manusia nk makan telur ape?
So telur itik lah yang menjadi mangsa.... 
hehehe...selain di wat telur masin, wat gulai pun blh….goreng pun sodap..........
TAMMAT

Citer nie xde kaitan dgn ya hidup mahupun y mati...
Just For Fun...

Read more...

Kisah Janji DiMungkiri Lagi???


Entri ini hasnul cuba share ttg Janji…Janji adalah satu perkara yang amat ditegaskn dlm Islam bahwa jgn sesekali memungkirinya bila janji telah dilafazkan. Hasnul juga seorang hamba yang lemah tidak terlepas daripada dosa memungkiri janji…Jom kita baca dalil2 nie n sedikit sbyk review dari Hasnul…review nie bg pendapat Hasnul k…semga dgn entri nie dpt lah kte memperbaiki diri…silap dan salah dtg dari diri Hasnul…y baik itu semua dari Allah S.W.T…

“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“ ( Al Isra 34 ).
Berjanji itu mudah. Menunaikannya itu susah. Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut. Tetapi menunaikannya itu menggunakan pergerakan anggota badan.
Ramai di kalangan kita suka berjanji tetapi sering terlupa untuk menunaikan janji dan kadangkalan ada yang sengaja melupakan janji.. Sedangkan Allah telah berkali-kali memperingatkan kepada hamba-hambaNya tentang kepentingan menunaikan janji. Ayat di atas dan dikukuhkan dengan ayat-ayat al-quran yang lain membuktikan janji itu bukan harus ditunaikan, tetapi wajib ditunaikan. Lebih-lebih lagi janji itu bersangkut paut dengan Allah pencipta alam. Mmg menjadi suatu kebiasaan ungkapan “InsyaAllah” dijadikan alasan utk tidak menunaikan janji sedangkn ungkapan itu ada berkaitan dgn nama Allah S.W.T dan Dia sgt menekan perjanjian itu jgn sesekali dimungkiri. Sekali berjanji kita kena tunaikan. Jgn ringan mulut utk melafazkn janji kerana ia akan dpersoalkan diakhirat kelak.
Allah SWT berfirman, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya“ (An-Nahal : 91)
Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda telah mempercirikan golongan munafiq dengan tiga ciri utama. Dan antara ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji.
“Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat “ (HR.Muslim).
Semua dalil dari al-quran dan hadis di atas sudah jelas membuktikan kepada kita bahawa memungkiri janji itu suatu perkara yang dipandang serius dalam islam. Malah sifat ini sering disifatkan dengan sifat orang munafiq. Siapa itu munafiq? Munafiq adalah golongan yang mengaku dirinya islam tetapi pada hatinya tersimpan kebencian pada islam malah menolak kebenarannya. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan ini? Sudah pasti tidak. Malah kita pasti membencinya. Dan ingatlah golongan munafiq ini di akhirat kelak pasti dicampakkan ke dasar terdalam di dalam neraka.
Di dalam hadis riwayat anas bin malik, dan apabila Rasulullah s.a.w bertanya pada jibril tentang pemilik pintu-pintu neraka, maka jawab jibril: “pintu yang paling bawah ialah untuk golongan munafiq”
Dan lebih teruk lagi, mereka yang sengaja dan suka memungkiri janji ini juga disifatkan di dalam al-quran seperti golongan kafir. Di mana mereka ini menjadikan kata-kata janji itu sebagai barang mainan dan gurauan tanpa sedikit pun rasa bersalah apabila memungkiri janji itu.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya makhluk yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. Iaitu orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dari mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut akan akibat-akibatnya“ (An Anfal 55 – 56).
Ingatlah wahai saudara-saudaraku. Janji itu tidak salah, tetapi memungkirinya itu yang salah. Menjadikan janji sebagai mainan kata-kata sudah cukup menggambarkan dirinya seorang yang tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja hilang kepercayaan dari Allah, malah boleh mengundang ketidakpercayaan masyarakat terhadapnya. Kerana memungkiri janji itu bukan sahaja dibenci oleh islam, tetapi juga dibenci oleh masyarakat. Kerana itulah fitrah manusia. Yang memungkiri janji pasti dibenci dan sebaliknya mengundang rasa senang hati.
Menunaikan janji berkait rapat dengan sifat amanah. Rasulullah s.a.w memiliki sifat amanah malah wajib atas baginda bersifat amanah. Malah sifat ini telah diamalkan baginda sebelum dilantik menjadi rasul bagi umat. Sehingga baginda digelar oleh masyarakat quraish ketika itu dengan gelaran‘al-amin’ iaitu seorang yang menjaga amanah.

Amanahmu amanahku bersatu…Kisah janji jgn dimungkiri lagi…InsyaAllah..Pesan2kn...

Read more...

Nukilan Terindah...Ilham Tercipta

Salam…td asyik jenguk2 blog kwn2 blogger, ternampak lak ayat2 yang penuh hikmat nie…walaupun pendek..ia amat bermanfaat dan mengajak kte berfikir…Ce bc ayat2 hikmah nie…

Perkataan yang cantik - ALLAH S.W.T
 Lagu yang merdu - AZAN
 Novel yang menarik - AL QURAN
 Senaman Yang Baik - SOLAT
 Diet yang mujarab - PUASA

"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu"

Fikir2kn...Amal2kn...Pesan2kn..

Read more...

Sunday, 13 November 2011

Kenapa Ada Jerawat???

Gambar Hiasan Je..huhu

DAHI - Jerawat di dahi disebabkan haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan anda mungkin terlampau letih. Amalkan tidur awal dan bangun awal. Dapatkan tidur yang mencukupi dan minum air banyak.

HIDUNG - Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang anda mungkin bermasalah. Jika di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak normal. Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan masalah ovari atau sistem reproduksi.

DAGU - Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI KIRI - Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN - Fungsi paru-paru mungkin tidak normal.

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN) - Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan ikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik

Read more...

Friday, 11 November 2011

Really???..cam x betul...

huhu..nie gmbr hiasan je..y sblh tue betui2 putih..huhu...saje je

Salam semua…Hari nie sy ada 4 fajkta menarik ttg haiwan n serangga pilihan..kiki…jom kte  tgk satu2…Ikan emas boleh bertukar kepada warna putih sekiranya ia diletakkn di dalam bilik gelap. Dasyhatkan ikan emas nie..blh bertukar color lak…dari warna emas ke emas putih..huhu…kira die down price r nie…haha...
Seekor lembu betina boleh mengeluarkan 200 000 gelas susu sepanjang hayatnya. Fuyoo…byknye ayaq susu dia..so peliharalah lembu, blh minum susu die hari2…blh supply susu spjg hayat kte..hehe

Fakta nie lg best…tak sangka lak tulang2 burung merpati lebih ringan daripada bulunya…mmg ringan giler r burung merpati niekn2…

Semut x tido? yekeh semut xtido..siannye..xletih ke???dah r asyik wat keje je semut niekn…apepun tue r hakikatnya…hehe..Semut tidak tido spjg hayatnya...

Apepun...semua kejadian ni ade hikmahnya...k..Selamat Beramal





Read more...

Seluar Sendeng

Salam...ari nie nk masukkn entri fesyen lelaki lak...smartkn pakai suar cam kat atas...sy pun suka..haha...wlupun suar nie nmpk trendy n stylo...tp die ikut sunnah Rasulullah S.W.T...hehe...minat je tgk org pakai tp xpernah pakai lg..nk cari r...=)

Read more...

Fakta Pilihan Hari Ini

Fakta utk hari Ini..kdg2 lawak jugak kalo baca fakta ttg haiwan nie…hari nie hasnul nk kongsi 3 lg fakta haiwan…Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas. Sian c ular nie…so pada sesiapa yang takut ular time mandi sungai…xpe ular xkn patuk kte coz kalo die patuk die akan lemas..hehe..try r(ada berani???)
Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!Aish..cam x betul jekan..kalo dah beso..beso lak dari tikus dewasa..apepun..panda ttp comei…
Tiram boleh bertukar jantina.Lagi dasyhat…bole tukar jantina..camne r makhluk2 y bergelar tiram nie blh tukar jantina die ek…kena further research nie ttg tiram…interesting…
Dah utk kali nie…t hasnul cari lg fakta2 y menarik k tuk kte kongsikan bersama…
Selamat Beramal…







Read more...

Thursday, 10 November 2011

Wanita Terbaik Sebaik Manusia

Gambar Hiasan
Sumayyah, kau dibunuh didunia sementara. Utk hidup disyurga y selama-lamanya…itulah antara bait2 lagu Sumayyah y menceritakan ttg keteguhan imannya dlm menegakkn agama tauhid dan beriman Allah S.W.T itu Maha Besar…Ikutilah kisah ini utuk dijadikan teladan dan smgt dlm mmperjuangkan agama Allah S.W.T.



Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.


Pesan2kn dan Selamat Beramal






Read more...

Bolehkah Lelaki Pakai Gelang @Rantai @Subang @Cincin?

Atas nie just pic hiasan je...

Salam...entri nie mmg amat penting utk saya dan saudara-saudara saya, baru terlintas hari ini utk mengetahui hukum memakai cincin, gelang dan rantai bagi kaum lelaki. Sebelum nie mmg saya suka memakai aksesori seperti gelang. Ya Allah, rupanya perbuatan saya tu adalah dosa besar. InsyaAllah, sy xkn memakai gelang lagi…so saudara2 saya yang lain, link di bawah nie adalah artikel2 yang saya baca berkenaan dgn hukum lelaki memakai gelang, rantai dan cincin. InsyaAllah ia bermanfaat utk semua. Pesan2kan…






Read more...

Wednesday, 9 November 2011

Fakta Yang Tak Disangka-Sangka

Salam…
Dah lame x update blog nie…huhu…xtau nk update ape…nie jelah y termampu..fakta y blh di kongsikan bersama…
Tanduk atau sumbu badak bukan berasal daripada tulang-temulang tetapi terjadi daripada bulu-bulunya yang berkumpul dan mengeras. Aish, tak sangka kn tanduk die tue just bulu2 je yang mengeras..hehe...

Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. Pelik gak blh lemas sedangkan die nie mmg hidup kat air, blh lak lemas...

Haiwan yang paling banyak di muka bumi adalah semut. Nisbahnya adalah satu juta bagi setiap orang...huyoo..tp xheran jugak...mmg byk pon...Kikiki..

Apepun smoga info nie bermanfaat utk semua..Slmt Beramal



Read more...

My Nuffnang