Monday 14 November 2011

Kisah Janji DiMungkiri Lagi???


Entri ini hasnul cuba share ttg Janji…Janji adalah satu perkara yang amat ditegaskn dlm Islam bahwa jgn sesekali memungkirinya bila janji telah dilafazkan. Hasnul juga seorang hamba yang lemah tidak terlepas daripada dosa memungkiri janji…Jom kita baca dalil2 nie n sedikit sbyk review dari Hasnul…review nie bg pendapat Hasnul k…semga dgn entri nie dpt lah kte memperbaiki diri…silap dan salah dtg dari diri Hasnul…y baik itu semua dari Allah S.W.T…

“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“ ( Al Isra 34 ).
Berjanji itu mudah. Menunaikannya itu susah. Kerana berjanji itu hanya menggunakan mulut. Tetapi menunaikannya itu menggunakan pergerakan anggota badan.
Ramai di kalangan kita suka berjanji tetapi sering terlupa untuk menunaikan janji dan kadangkalan ada yang sengaja melupakan janji.. Sedangkan Allah telah berkali-kali memperingatkan kepada hamba-hambaNya tentang kepentingan menunaikan janji. Ayat di atas dan dikukuhkan dengan ayat-ayat al-quran yang lain membuktikan janji itu bukan harus ditunaikan, tetapi wajib ditunaikan. Lebih-lebih lagi janji itu bersangkut paut dengan Allah pencipta alam. Mmg menjadi suatu kebiasaan ungkapan “InsyaAllah” dijadikan alasan utk tidak menunaikan janji sedangkn ungkapan itu ada berkaitan dgn nama Allah S.W.T dan Dia sgt menekan perjanjian itu jgn sesekali dimungkiri. Sekali berjanji kita kena tunaikan. Jgn ringan mulut utk melafazkn janji kerana ia akan dpersoalkan diakhirat kelak.
Allah SWT berfirman, “Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu sesudah meneguhkannya“ (An-Nahal : 91)
Rasulullah s.a.w di dalam hadis baginda telah mempercirikan golongan munafiq dengan tiga ciri utama. Dan antara ciri itu ialah memungkiri janji apabila telah berjanji.
“Tanda-tanda munafiq ada tiga. Apabila berbicara, dia dusta. Apabila berjanji, dia mungkiri. Apabila dipercayai, dia khianat “ (HR.Muslim).
Semua dalil dari al-quran dan hadis di atas sudah jelas membuktikan kepada kita bahawa memungkiri janji itu suatu perkara yang dipandang serius dalam islam. Malah sifat ini sering disifatkan dengan sifat orang munafiq. Siapa itu munafiq? Munafiq adalah golongan yang mengaku dirinya islam tetapi pada hatinya tersimpan kebencian pada islam malah menolak kebenarannya. Adakah kita mahu tergolong dalam golongan ini? Sudah pasti tidak. Malah kita pasti membencinya. Dan ingatlah golongan munafiq ini di akhirat kelak pasti dicampakkan ke dasar terdalam di dalam neraka.
Di dalam hadis riwayat anas bin malik, dan apabila Rasulullah s.a.w bertanya pada jibril tentang pemilik pintu-pintu neraka, maka jawab jibril: “pintu yang paling bawah ialah untuk golongan munafiq”
Dan lebih teruk lagi, mereka yang sengaja dan suka memungkiri janji ini juga disifatkan di dalam al-quran seperti golongan kafir. Di mana mereka ini menjadikan kata-kata janji itu sebagai barang mainan dan gurauan tanpa sedikit pun rasa bersalah apabila memungkiri janji itu.
Allah SWT berfirman, “Sesungguhnya makhluk yang paling buruk di sisi Allah ialah orang-orang yang kafir, kerana mereka itu tidak beriman. Iaitu orang-orang yang kamu telah mengambil perjanjian dari mereka, sesudah itu mereka mengkhianati janjinya pada setiap kalinya, dan mereka tidak takut akan akibat-akibatnya“ (An Anfal 55 – 56).
Ingatlah wahai saudara-saudaraku. Janji itu tidak salah, tetapi memungkirinya itu yang salah. Menjadikan janji sebagai mainan kata-kata sudah cukup menggambarkan dirinya seorang yang tidak boleh dipercayai. Bukan sahaja hilang kepercayaan dari Allah, malah boleh mengundang ketidakpercayaan masyarakat terhadapnya. Kerana memungkiri janji itu bukan sahaja dibenci oleh islam, tetapi juga dibenci oleh masyarakat. Kerana itulah fitrah manusia. Yang memungkiri janji pasti dibenci dan sebaliknya mengundang rasa senang hati.
Menunaikan janji berkait rapat dengan sifat amanah. Rasulullah s.a.w memiliki sifat amanah malah wajib atas baginda bersifat amanah. Malah sifat ini telah diamalkan baginda sebelum dilantik menjadi rasul bagi umat. Sehingga baginda digelar oleh masyarakat quraish ketika itu dengan gelaran‘al-amin’ iaitu seorang yang menjaga amanah.

Amanahmu amanahku bersatu…Kisah janji jgn dimungkiri lagi…InsyaAllah..Pesan2kn...

No comments:

Post a Comment

My Nuffnang